Kumpulan Nasyid Soutul Bestari dan kalam jamaie Banatul Bestari telah diundang untuk membuat persembahan di Pesta Buku MABOPA-MBKM-IKIM.fm pada 26 Julai 2017 di MAEPS Serdang.
SURAU AL-FALAH SK SUBANG BESTARI
Wednesday, 26 July 2017
Monday, 24 July 2017
NAIB JOHAN KALAM JAMAIE PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017
Tahniah kepada pasukan Banatul Bestari yang mewakili PPD Petaling Perdana kerana telah berjaya menjadi Naib Johan peringkat Negeri Selangor baru-baru ini!
Monday, 20 February 2017
Friday, 17 June 2016
PROGRAM TADARRUS AL-QURAN
Program Tadarrus Al-Quran dijalankan pada minggu pertama dan kedua Program Ihya' Ramadhan 1437H. Setiap kelas dibahagikan dengan juzuk-juzuk yang tertentu dan dibaca di dalam kumpulan tadarrus masing-masing di bawah bimbingan ustaz dan ustazah.
Wednesday, 15 June 2016
PROGRAM TAHFIZ MUDA SEMPENA IHYA' RAMADHAN 1437H
Sepanjang bulan Ramadhan ini, Panitia Pendidikan Islam dan Surau Al-Falah SKSB mengadakan Program Tahfiz Muda pada waktu rehat dan waktu lapang. Dalam program ini, murid-murid perlu menghafaz surah-surah lazim yang juga menjadi sukatan KSSR dan mereka boleh memperdengarkan hafazan mereka kepada mana-mana guru SKSB yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini dapat diisi dengan program-program yang bermakna untuk semua.
Monday, 13 June 2016
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016
Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan 2016 telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Subang Bestari pada 13 Jun 2016 (Isnin) bersamaan 8 Ramadhan 1437H. Pelbagai aktiviti telah disusun oleh Panitia Pendidikan Islam, Jawatankuasa Surau Al-Falah dan Persatuan Pendidikan Islam seperti Program Tadarrus Al-Quran, Jom Solat Dhuha, Tazkirah Bingkisan Ramadhan, Program Tahfiz Muda, Infaq Ramadhan dan lain-lain. Ramadhan Kareem!
Subscribe to:
Posts (Atom)