Friday, 17 June 2016
PROGRAM TADARRUS AL-QURAN
Program Tadarrus Al-Quran dijalankan pada minggu pertama dan kedua Program Ihya' Ramadhan 1437H. Setiap kelas dibahagikan dengan juzuk-juzuk yang tertentu dan dibaca di dalam kumpulan tadarrus masing-masing di bawah bimbingan ustaz dan ustazah.
Wednesday, 15 June 2016
PROGRAM TAHFIZ MUDA SEMPENA IHYA' RAMADHAN 1437H
Sepanjang bulan Ramadhan ini, Panitia Pendidikan Islam dan Surau Al-Falah SKSB mengadakan Program Tahfiz Muda pada waktu rehat dan waktu lapang. Dalam program ini, murid-murid perlu menghafaz surah-surah lazim yang juga menjadi sukatan KSSR dan mereka boleh memperdengarkan hafazan mereka kepada mana-mana guru SKSB yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini dapat diisi dengan program-program yang bermakna untuk semua.
Monday, 13 June 2016
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016
Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan 2016 telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Subang Bestari pada 13 Jun 2016 (Isnin) bersamaan 8 Ramadhan 1437H. Pelbagai aktiviti telah disusun oleh Panitia Pendidikan Islam, Jawatankuasa Surau Al-Falah dan Persatuan Pendidikan Islam seperti Program Tadarrus Al-Quran, Jom Solat Dhuha, Tazkirah Bingkisan Ramadhan, Program Tahfiz Muda, Infaq Ramadhan dan lain-lain. Ramadhan Kareem!
Friday, 10 June 2016
MAKLUMAN PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 1437H
Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan 1437H akan diadakan mengikut butiran yang berikut :-
HARI : Isnin
TARIKH : 13 Jun 2016 Bersamaan 8 Ramadhan 1437H
TEMPAT : Dataran Perhimpunan SKSB
MASA : 7.40 - 8.10 pagi
HARI : Isnin
TARIKH : 13 Jun 2016 Bersamaan 8 Ramadhan 1437H
TEMPAT : Dataran Perhimpunan SKSB
MASA : 7.40 - 8.10 pagi
RAMADHAN KAREEM!
Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan al-Mubarak.
Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih-sayang-Nya.
Ramadhan Kareem!
Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih-sayang-Nya.
Ramadhan Kareem!
Subscribe to:
Posts (Atom)